Backpack Korea Autumn 2012 - Day 1 ~Haru haru Series
Hello beauty..
Ok..post nih adalah untuk update tentang vacation backpack yang sangat best masa autumn 2012 yang lepas.( dah basi baru nak update kikiki)
before tulis ape-ape disini...WARNING!!! info seterusnya akan membuatkan kamu-kamu semua ingin berjalan ke korea..jadi pada sesiapa yang memang nak pergi sila jangan tatap post ini..niat anda akan mendesak anda untuk terus belajar cakap korea kerana ingin berjalan-jalan disana dan menikmati negara K-pop yang semakin femes sekarang---sila tinggalkan page ini sekarang!!!(poyo x?)wink wink..
Ok come to business, Wani akan update cerita ni secara bersiri..kerana perjalanan nyer agak panjang..mungkin dalam 9 siri kerana vacation adalah sepanjang 9 malam..huhu
Total budget sebelum pergi :
1.Pinjam jaket kulit kawan (akhirnya jadi diri sendiri punya--didermakan..terharu!!thank Ha eun unni!!)- free
2.Krim apricot kennel from nutrimetics - RM100++ (sangat penting..krim biasa xjalan..jgn berangan nak bawa krim biasa..krim ni sangat bagus ditempat sejuk--proven!!)
3.Tiket kapal terbang - RM900++ (pergi balik) - kalau boleh xmau balik!!
4.Deuters backpack (optional-beli sebab xde beg) - RM500++ (55+15 lt)
5. dan lain-lain keperluan remeh temeh - RM50++
Day 1
Sampai pagi-pagi pergi sarapan lah konon..sebab nak say hi hi bye bye kat hubby..tapi sebenarnya dah sangat lambat nakkena masuk..(haha) siap orang immigresen tu kata pi lari sbb gate nak tutup dah..punyalah cuak..huhu
nasib baik xde beg nak kena check..seyess senang..beg pun xsampai 7kg..dalam 6kg je. yelah mana xnyer..hanya bawa 3 helai baju dan seluar yang bole mixmatch dengan kain selendang 2 psg bersama inner yang bole mixmatch untuk 10 hari..hehehe....
Perjalanan mengambil masa dalam 6 jam. tapi dun worry..makanan yang dihidangkan agak best.(amik mood sebelum sampai lah katakan). walaupun tempat duduk agak xselesa, sebab : 1.sempit, 2. xde tingkap(salah pilih,jgn ambil sit paling belakang!!) 3. sit kecik (did i mention it again??)huhu
Member terus cari toilet untuk ambil air wuduk dan untuk berhadas..(perasan x tetiba bahasa jadi skema??-maaflah ye ini mmg sifat saya -tetiba skema tanpa sebab) kami dah jumpa toilet and siapkan diri apa yang patut then terus nak cari tempat solat kat incheon right after immigration lepas..not forgot to mention..minah yang jadi pegawai immigration kat airport (minah korea) sangatlah RUDE. tapi ada aku kisah??
minah bajet bagus: where are u staying here?(versi pelat sket)
wani: i dont know yet(since xisi lengkap kad putih tu-kata back pack..mmg x book tempat memana kat korea)
minah bajet bagus:(muka marah) then how r u going to sleep tonight?
wani: Jimjil-bang?(aka rumah sauna) (muka selamba dan xbersalah)
minah bajet bagus:what??(then marah2 dlm bahasa korea)
macamlah orang xtau dia marah sambil kutuk..helo..please mind your words i know korean ok????--tapi as usual..malas nak cari gaduh ngan orang masa tu sebab masih mood happy dah sampai korea..lagi pun xworth nak aduh ngan minah tu..xstandard (sambil flip hair..hihi).
after that thing..kami cari tempat nak solat. Oleh kerana ini first time sampai..masih rasa malu-malu nak cakap korea...so banyak tanya dlm bahasa inggeris- erm..sorry..where can i find prayer room? tanya kat salah sorang pekerja yg nampak baik mukanya..sambil ckp korea di tunjukan tempat.. sampai2 kami jumpalah tmpat..banyak prayer room..tapi yang sedih..for muslim xde..yang ade untuk buddha dan kristian..aduiyaiii..sudahnyer solatla kat koridor yang xde org lalu lalang sgt. after solah..kami terus pegi 7/11 untuk beli T-money card(this is absolute need when travelling at korea)-a must ok!!owhh..not to forget..on the place kat incheon kami kena amik train untuk ke incheon station aiport..dia cam terpisah sket ngan gate kami arrived.
Bila dah beli T-money card- 5,000 won with 30,000 won value untuk transportation.(kad ini bila xmau guna boleh change ngan duit balik), kami terus pergi ke sam-ga station utk jumpa one of my korean friend.
Kejadian yang 1:
Ada 2 station yang sama nama kat area seoul; shinchon station..adui!!1 jam gak la tunggu..akhirnya kami decide pergi cari dia dgn berjalan kaki tunggu kat depan escalator seoul station. Akhirnya..jumpa..then kami jalan kaki dengan kata kat Yong Seok ssi, kami nak cari jimjil-bang..terus dia carikan (masa nih dia masih dapat memahami apa yang kami cakap..huhu). Sampai kat situ kami pilihJjimjil-bang yang kami rasa ok.-banyak ok..kecik besar semua ada..siap kelip2 lagi.. and yeay..per night only 15,000won..murah dan dapat pengalaman yang lain dari yang lain.
Bersambung~~
0 comments:
Post a Comment