Pages

QUOTES For Y'all

Don't ask what the world needs, ask what makes you come alive because what the world needs is people who have come alive
~Howald Thurman, writer~

Backpack Korea [Day 2 (2.11.2018)] : Bukchon Hanok village ~ Residential Area of Joseon's Upper Class

Hari kedua ni kami berangkat dari Incheon ke Seoul. Bawalah beg berat-berat tu ke Gueshouse/Hostel di Seoul. Oleh kerana kami ada bawa 1 beg tarik yang besar (sebab kami bawa sambal kering dan sweater) jadinya sampai-sampai di Jongno 3-ga Stn Mas Ayu terus jalan ke hotel utk tanya samada kami bole tumpang beg ataupun tidak. Manakala Wani dan Nor tunggu di station dan survey2 tempat letak beg jika ada.






 Selesai urusan beg kami (Owner hostel kasi tumpang), kami boleh berjalan dengan tenang ke Hanok Village. nak ke sini kami naik subway je, dari Jongno 3-ga stn ke Anguk Stn (amik line 3 menghala ke Daewha) dan exit pintu no.2 hala ke Bukchon Hanok Village.

Jgn tertipu, Hotel Chloe ni wani tak suggest amik. Xberbaloi!!!

Kami berjalan cari information center..yang bestnya information center tak dak..yang ada org yg pakai baju jadi information center bantu untuk beritahu camne nak ke Bukchon Hanok Village. Bukchon Hanok Village ni sebenarnya ialah residental area yang preserve rekabentuk Traditional Korean House yang dipanggil "Hanok". Rumah disini dijaga rekabentuknya selama 600 tahun!!!. Tempat ni kiranya street museum lahh.






Otw ke sini, kami lalu kedai yang bagi sewa baju hanbok. kalau u ols nak tahu, kalau korang sewa baju ni, korang boleh masuk Gyeongbokgung palace dengan percuma. kat sini ramai la yang begitu suka pakai baju hanbok. dengan scenary cantik.pakai baju hanbok..terasa masuk ke filem korea dolu kala. Tapi.... Wani tak pakai..sebab Mas ayu xnak pakai, dan Nor dah pernah pakai dulu. Wani nak pakai sorang mmg taklah kan..hahaha. Kalau uols nak tahu Gyeongbokgung Palace ni adalah istana pertama yang dibina semasa zaman Dinasti Joseon. Istana ni istana yang paling grand and potrays the essence of the Korean royal court culture.

Kami sightseeing dan apa lagi berposing-posing di sekitar hanok Village. Kat sini tak boleh buat bising. agaknya orang kampung sini stress agaknya pelancong ramai sgt datang dan buat bising. jadinya ada org letak sign "please be quiet" di point-point tertentu.
Pakwe Korea dah lari...

Tengah pujuk nor,sbb dia kata bakal menantu mak dia org korea dah lari๐Ÿคฃ


Alang-alang sampai sini, apalagi kami cari rumah Ssang-go jae..Rumah yang jadi lokasi penggambaran cerita Personal taste. tak dapat masuk, tangkap luar pun jadi..hahaha. Rumah ni bernombor 37. kena rajin jalan sketla.

Rumah cerita Personal Taste!!

Blue House

Ada tunjuk perasaan dekat kawasan Blue House masa ni

Polis tak kasi buat video

From here kami turun dan jalan sekitar palace dan lalu depan Blue House. Then  kami ke Dongin market. Kat sini kalau nak beli belah kena tukar pakai duit lubang cam zaman dolu2. Actually ini idea yg sgt bagus, utk menarik pelancong dtg dan membeli disini, org korea ni dia jual pengalaman. Jadinya org akan dtg dan tukar duit dan beli barang/makanan di market ni. Kami decide makan tgh hari disini.semua yg kami amik ialah vegetarian.






Yg ni....kami tengok je..

1 pinggan ni harga ₩5000



kami decide ke Hostel/Gueshouse untuk check-in, bersihkan diri dan solat. malam kami ke Myeong-dong untuk jumpa my korean sister, lepak-lepak dan makan.









Untuk ke myeong-dong dari hostel kami terus amik subway ke Myeong-dong Stn.

Perbelanjaan hari ke-2:

Tranportation:
To Seoul
Subway: Unseo station --> Jongno 3-ga (Transfer at Seoul Stn - Take line 1 toward Soyeosan) Exit hala ke Gwansu-dong pintu no.15. 500won+1850won

To Bukchon Hanok Village
Subway: Jongno 3-ga --> Anguk Stn (Take line 3 toward Daehwa)

To Hostel/Gueshouse
Subway: Gyeongbokgung Stn --> Jongno 3-ga Stn 1250won

To Myeong-dong
(Pergi)Subway: Jongno 3-ga > Myeongdong Stn (Transfer at Namdaemun Stn and Take line 1) 1250won
(Balik) Myeongdong Stn --> Jongno 3-ga (Transfer at Namdaemun Stn) 1250won

Makan
Bfast : Nasi+Telur+Sambal kering
Lunch : Roti Paris Bagguette and dongin mkt (5000won)
Dinner : Street food (Sotong besar(4000won) +Sotong+Lobster+Hottok 2000won+Bingsu)

Total perbelanjaan hari ke-2 : 17100won

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

0 comments:

feed & play me