Pages

QUOTES For Y'all

Don't ask what the world needs, ask what makes you come alive because what the world needs is people who have come alive
~Howald Thurman, writer~

Backpack Korea [Day 5 (5.11.2018)] : Namsan Tower,Ewha University and Jeju Island



Hari yang ke-5 ni, seawal pagi kami dah keluar dari hostel/guesthouse untuk ke tempat simpan luggage kerana ptg pukul 6.40pm flight kami ke Pulau Jeju. Kami keluar pukul tepat pukul 6 pagi. Oleh kerana masing-masing dah pack barang dengan asingkan yang nak bawa ke Jeju dan yang nak tinggalkan di Seoul.




Tempat simpan luggage ni berada di Hongik University Station. Nama tempat simpanan ni ialah Raum. setelah survey, tempat ni yang paling murah. untuk medium size luggage, simpanan 5 - 18 hari (12hari) charge yang dikenakan ialah sebanyak 30,000won. Oleh kerana kami nak berjalan-jalan dahulu sebelum ke Gimpo Airport, jadinya backpack kami simpan di tempat lain yang charge nya 4000won untuk 4jam. makcik tu bagi kami extra lagi 1 jam, agaknya sebab kami ni customer pertama dia hhuhu.






Selesai urusan simpanan, kami terus ke Ewha Women Univeristy. Mas ayu nak pergi tempat ni, katanya view cantik. Wani layankan ajerr. sampai je sini terus terkagum kejap, nama pun women university kan..semua perempuan je yang berpusu-pusu keluar dari subway menghala ke University. Perempuan saja tak de masalah..yang menjadi tanda tanya..diorg ni nak ke kelas ke atau nak pergi fashion show? biarkan mereka disitu, kami terus tangkap gambar mana yang patut..








destinasi seterusnya kami ke Namsan Tower, semalam tak jadi pergi, hari ni kami pergi. salah 1 tourist spot yg wajib jejak. yela kalau org mereka dtg malaysia of course akan pergi menara KL kan? kat sini banyak berubah, tahun 2012 Wani datang, tak banyak lagi lock yang duk gantung, sekarang dah berderet. Pergi kami naik bsu dan jalan kaki about 5 minit then naik menara terus. beza dgn last time, sesaja naik dan tak dapat pun naik menara. xpelah, kali ni dapat naik yeayyyy. My fren Nor berusaha dapatkan cop untuk dapat souviner free di sini. meh tgk review dia kat bawah ni.









Turun dari Namsan Tower kami amik cable car. kat sini mmg wani suka sgt sebab fefeling cerita Boys Over Flower. sayangnya mesin air kopi kat cable car tu dah xde.. nasib baik sempat minum dulu.


Otw kami nak letak barang pagi tu, kami came across dengan 1 kedai halal yang menraik, jadinya kami decide lunch kami disitu. ianya di area Hongik University. Area Hongik University mmg terasa Hipster vibe sgt.





Then kami terus ke Gimpo Airport, solat dan tunggu fllight kami ke Jeju. dijangka sampai malam di sanan dan kami dah pun pre-book guesthouse kat situ. kami harap sangat tempat dia lebih baik dari tempat yang kami duduk di Seoul.






Perbelanjaan hari ke-5:

Transport:
1.Simpan Luggage di Raum
From Jongno 3-ga --> Hongik Univeristy St (Exchange at Euijiro 3-ga Stn, take exit 7) : 1250won

2. Ewha University
Hongik University Stn --> Cityhall : 1250won

3. Namsan Tower
Cityhall stn --> Jungmuro Stn : 1250won
   Shuttle bus : 1000won

4. Hongik University (lunch)
Myeongdong Stn --> Hongik University (Exchange at Dongdaemun Historical Stn) : 1250 won + 1250won

5. Flight Jeju
Hongik Uni Stn --> Gimpo Airport : 1250won + 100won

6. Bong Stay Guesthouse
Taxi : 4400won (13200won/3 person)

Makan

Bfast : 10,000won
Lunch : 15,000won
Dinner : 4800won

Tiket Entrance Namsan Tower : 7000won

Raum Luggage : 30,000won (90,000/3person) - 3 medium bag
Backpack luggage : 4000won

Grand total : 82,900won

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

0 comments:

feed & play me