Pages

QUOTES For Y'all

Don't ask what the world needs, ask what makes you come alive because what the world needs is people who have come alive
~Howald Thurman, writer~

Backpack Korea [Day 5 (5.11.2018)] : Namsan Tower,Ewha University and Jeju Island



Hari yang ke-5 ni, seawal pagi kami dah keluar dari hostel/guesthouse untuk ke tempat simpan luggage kerana ptg pukul 6.40pm flight kami ke Pulau Jeju. Kami keluar pukul tepat pukul 6 pagi. Oleh kerana masing-masing dah pack barang dengan asingkan yang nak bawa ke Jeju dan yang nak tinggalkan di Seoul.




Tempat simpan luggage ni berada di Hongik University Station. Nama tempat simpanan ni ialah Raum. setelah survey, tempat ni yang paling murah. untuk medium size luggage, simpanan 5 - 18 hari (12hari) charge yang dikenakan ialah sebanyak 30,000won. Oleh kerana kami nak berjalan-jalan dahulu sebelum ke Gimpo Airport, jadinya backpack kami simpan di tempat lain yang charge nya 4000won untuk 4jam. makcik tu bagi kami extra lagi 1 jam, agaknya sebab kami ni customer pertama dia hhuhu.






Selesai urusan simpanan, kami terus ke Ewha Women Univeristy. Mas ayu nak pergi tempat ni, katanya view cantik. Wani layankan ajerr. sampai je sini terus terkagum kejap, nama pun women university kan..semua perempuan je yang berpusu-pusu keluar dari subway menghala ke University. Perempuan saja tak de masalah..yang menjadi tanda tanya..diorg ni nak ke kelas ke atau nak pergi fashion show? biarkan mereka disitu, kami terus tangkap gambar mana yang patut..








destinasi seterusnya kami ke Namsan Tower, semalam tak jadi pergi, hari ni kami pergi. salah 1 tourist spot yg wajib jejak. yela kalau org mereka dtg malaysia of course akan pergi menara KL kan? kat sini banyak berubah, tahun 2012 Wani datang, tak banyak lagi lock yang duk gantung, sekarang dah berderet. Pergi kami naik bsu dan jalan kaki about 5 minit then naik menara terus. beza dgn last time, sesaja naik dan tak dapat pun naik menara. xpelah, kali ni dapat naik yeayyyy. My fren Nor berusaha dapatkan cop untuk dapat souviner free di sini. meh tgk review dia kat bawah ni.









Turun dari Namsan Tower kami amik cable car. kat sini mmg wani suka sgt sebab fefeling cerita Boys Over Flower. sayangnya mesin air kopi kat cable car tu dah xde.. nasib baik sempat minum dulu.


Otw kami nak letak barang pagi tu, kami came across dengan 1 kedai halal yang menraik, jadinya kami decide lunch kami disitu. ianya di area Hongik University. Area Hongik University mmg terasa Hipster vibe sgt.





Then kami terus ke Gimpo Airport, solat dan tunggu fllight kami ke Jeju. dijangka sampai malam di sanan dan kami dah pun pre-book guesthouse kat situ. kami harap sangat tempat dia lebih baik dari tempat yang kami duduk di Seoul.






Perbelanjaan hari ke-5:

Transport:
1.Simpan Luggage di Raum
From Jongno 3-ga --> Hongik Univeristy St (Exchange at Euijiro 3-ga Stn, take exit 7) : 1250won

2. Ewha University
Hongik University Stn --> Cityhall : 1250won

3. Namsan Tower
Cityhall stn --> Jungmuro Stn : 1250won
   Shuttle bus : 1000won

4. Hongik University (lunch)
Myeongdong Stn --> Hongik University (Exchange at Dongdaemun Historical Stn) : 1250 won + 1250won

5. Flight Jeju
Hongik Uni Stn --> Gimpo Airport : 1250won + 100won

6. Bong Stay Guesthouse
Taxi : 4400won (13200won/3 person)

Makan

Bfast : 10,000won
Lunch : 15,000won
Dinner : 4800won

Tiket Entrance Namsan Tower : 7000won

Raum Luggage : 30,000won (90,000/3person) - 3 medium bag
Backpack luggage : 4000won

Grand total : 82,900won

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Backpack Korea [Day 4 (4.11.2018)] : DMZ - An Ecological Treasure Trove


" Bearing the pain of a divided nation and hope for peace, the DMZ (Demilitarized Zone) is a neutral zone created by the Korean War Armistice Agreement signed on July 27 1953."


Ha gitewwww..tetiba mula dengan english sekali-sekala. hari ke-4 kami bersiap dan keluar dari guesthouse seawal 6am menghala ke DMZ. Tempat ni mmg Wani nak pergi, sebabnya.. tak pernah pergi, tempat penggambaran cerita Descendant of the sun dan wani mmg suka historical place..ala2 patriotik la katakan.



Ada beberapa tempat menarik di sini. Meh wani listkan:-

1. Imjingak & Pyeonghoa-Nuri Park
Tempat ni terbuka kepada orang rama tanpa perlu untuk isi apa2 form. Kita boleh lihat North korea dari tempat ni. Tak adalah lihat semua, tapi rasa teruja sebab dapat tengok negara North Korea yang sgt kontroversi.

2. Cam Greaves
Dulu US army base kat sini. selepas mereka beramai-ramai pulang ke tempat asal, base ni dijadikan tempat pelancongan untuk kita lihat Lodging facilities kat sini. Kalau nak experience jadi heroin atau hero cerita Descendants of The Sun boleh datang sini.

3. Panmunjeom
Tempat ni adalah tempat perbincangan inter-korea di adakan. Filem JSA buat penggambaran di sini.

4. Cheorwon Peace Observatory
Ha..kalau nak tengok dekat-dekat Negara North Korea bolehlah ke tempat ni. Tak silap wani yang ni kena bayar.

5. The 2nd Tunnel
Tunnel ni dibuat oleh askar Kore Utara untuk ke Korea Selatan. Tunnel ni boleh pergi banyak exit dan dijumpai tahun 1975. kita boleh jalan-jalan dalam ni dan siap ada houses a plaza-like area lagi yang boleh accomodate large crowds.





6. Dorasan station
Berada dalam restricted area. Tempat ni simbolik kepada peace and unification pada South korea.

7. DMZ Eco Park Trail
Part of this place tutup yang mana hanya buka as an eco-park saja. Kami tak pergi tempat ni.






8. Labor party Building
Sini terletak Old Soviet-style structure yang dibina sebagai labor party bagi Noth Korea. bekas peninggalan pertempuran Korean War boleh dilihat disini.

Nak ke DMZ ni kami dari Guesthouse ke Jongno 3-ga ke Munsan Station (transfer di Seoul Station). Oleh kerana tiket dari Munsan Station ke DMZ dah abis, kami decide ambil teksi terus ke DMZ.



Makan pagi kami sekali lagi daru CU store, iaitu, nasi+telur+seaweed+sambal kering che nor bersama air juice.

Selesai di DMZ, kami naik bus no. 505 di Imjingak Stn (jalan kaki sket-exercise) menghala ke Munsan Stn. dari Munsan Stn kami nak ke Namsan Tower. OTW ke situ, kami terjumpa restaurant Malaysia nama Kampungku restauran. alang-alang waktu lunch, kami singgah dan terus makan disitu.











Hala ke Namsan Tower kami tengok punyalah ramai org beratur, oleh kerana kami rasa tak berbaloi nak beratur dan menunggu, kami decide untuk pergi esoknya iaitu hari Isnin. Kami balik ke Guesthouse dan akan ke Myeong Dong sekali lagi waktu malam. untuk cari dinner.



Perbelanjaan untuk hari ke-4:-

Transport:
To DMZ
(Pergi)
subway: 2500won+1250won+800won
Taxi : 2340won (7000/3orang)
(Balik)
Bus : 1150won
Subway:800won

To Namsan Tower
(Pergi) Subway: 1250won
(balik) Subway: 1250won

To Myeongdong
(Pergi) Subway: 1250won
(balik) Subway: 1250won

Makan:-
Bfast : Nasi(1500won)+ Telur(1900won)+ sambal Kering
Lunch : Ayam + Japchae (6000 per person)
Dinner : Aiskrim(2000won) + Fishcake (3000won)

Total perbelanjaan hari ke-4 : 28,240won



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

feed & play me