Pages

QUOTES For Y'all

Don't ask what the world needs, ask what makes you come alive because what the world needs is people who have come alive
~Howald Thurman, writer~

Backpack Korea [Day 3 (3.11.2018)] : Nami Island and Petite France~ A Romantic Gateway in Gangwon-do

Hari ketiga ni dalam plan kami akan pergi ke Nami Island. Nami Island ni Wani dah pergi dulu Tapi pengalaman pergi dulu biasa-biasa je. Ikutkan hati cam taknak je pergi Pulau Nami ni. Sebabnya dah pernah pergi dan tau ramai pelancong datang sini..termasukklah org Korea sendiri..




Apa yang buat ramai orang berpusu-pusu pergi Nami Island ni?.. Tempat ni adalah Lokasi pengambaran cerita Winter Sonata. Percaya tak..walaupun dah datang 2 kali..tetap Wani tak pernah menonton filem ni..kekeke



Satu lagi yang menjadi menarik tempat ni ialah The Metasequoia tree dan Ginko tree yang beratur cantik sepanjang laluan yang akan memberikan effect background cantik dalam gambar. Kalau nak fefeling gambar profile cun meh datang sini.











Nak pergi sini kami naik Subway dari guesthouse kami di Jong-No Sam(3) ga ke Yangju Stn dan Ride dalam 6 stops(12 minit) ke Cheongnyangi Stn then Jalan dalm 6 minit utk ambil Train ITX ke Chuncheon, ridelah dalam 1 stop yang ambil masa 36 minit ke Gapyeong Stn. Jalan dalam 2 minit keluar dan tunggu Tour Bus dan  berhenti di pintu masuk depan nami Island.






Oleh kerana lapar sangat..kami decide makan sebelum masuk ke Pulau Nami. Kedai kami pergi ialah kedai ayam. punyalah bahagia kawan wani si Nor..katanya dah lama tak dapat ayam. Kedai ni recommended, Muslim friendly, aka halal dan serving dia agak banyak serta tempat yang selesa. Jika Nak nak makan ayam, silalah datang.




Oh ya..masa otw ke Nami, kebetulan kami berjumpa dengan rakan Malaysia. Ain dan Suami serta Zira dan suami. sweet je diorg double couple vacation gitu. teringat kat my bestfriend Ayus.. I miss you my dear!!

Kebetulan mereka pun nak pergi pulau Nami, jadinya kami decide pergi sekali lah kan. 1st time jumpa diorg ni, terus jadi bestfriend gitew. Sweet je diorg ni. dengan diorg2 skali join makan ayam..hahahaha







Sampai sini kena beli tiket masuk..maka berpusu-pusu lah kami naik ferry. Ramai org China datang sini, tak kurang jugak orang Korea, dan wujudlah perangai tak reti beratur..hahaha..adoilayai..



Naik feri dalam 5-10 minit sampai di pulau nami. punya la ramai manusia. Sesampai di sini, kami decide utk berpecah..the couples dengan haluan mereka, kami bertiga dengan haluan kami. 1st thing yang Mas Ayu nak ialah..makan aiskrim..adoiii...time sejuklah diaorg ni kempunan aiskrim. layankan ajeerrr



Kami jalan membakar lemak sambil posing-posing manja dan penat kami berhenti solat dan makan pizza sayuran..muahaha..tak pernah dibuat makan pizza vegetarian kalau kay Malaysia. Ha..nak bitau tempat solat dia best..dulu 1st time pergi takde tempat solat yang proper, skrg sangat selesa, agaknya diorg tahu ramai org Islam suka dtg nami, tak kira tua atau muda..kecik atau besar..hehehe.



Usai kami solat, kami decide untuk keluar dan meneruskan perjalanan ke tempat lain. Haaa...yg ni paling tak suka sekali..nak keluar dari Pulau ni..bencinta...... beratur panjang benau..tapi apa nak buat..beratur jela kan...Hakak redha.

Keluar je kami berjalan dan menunggu semula tour bus kami 33-6 di seorak Terminal menghala ke Gojea Entrance. Jalan kaki sket naik ke atas dan wallaa...sampai. sekali lagi, jadilah pengguna bijak, kami dah ada kupon diskaun, instead kena bayar 10000won, kami hanya bayar 8000won.

Tempat ni mmg wani teruja sket, sebabnya sini penggambaran drama My Love From The Star dan beberapa cerita lain. View sini sgt awesome kerana, terasa duduk di France!!





As usual kena menapak naik bukit. tapi takpe, bukan senang nak sampai, kami pun bergambarla puas-puas.

Kami decide solat di Seoul dan balik terus, oleh kerana makan tengah hari ialah pizza, makan pagai dah berat, makan malam kami hanyalah makanan yang di beli dari CU mart. nasi, telur dan sambal..hehe

Perbelanjaan Hari ke-3:

Transport: 
Pergi : Guesthouse ke Nami Island - 1250won+1000won= 2250won
Tour Bus - 6000won
Balik: Cheongpyeong Stn to Guesthouse - 1250won

Makan:
Bfast : Kedai Ayam - 12000won/person
Aiskrim - 2000won
Lunch - 8000won + air Matcha 5500won
Dinner - 7800won

Total expenses for day-3: 39,300won





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

0 comments:

feed & play me